SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Program Semarak UNITI Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sarawak

Program Semarak UNITI Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sarawak

Maklumat Program

Tarikh Program 25-09-2022
308689441 463682455796387 457595985535988898 N

26 September 2022, Sarawak - Program Semarak UNITI Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sarawak telah berlangsung pada 25 September 2022 di Dataran Kipas, Miri.

Antara keistimewaan yang sentiasa dibawa oleh Program Semarak UNITI Keluarga Malaysia adalah Pameran Rumah KAMI di sini. Rumah KAMI mempersembahkan keunikan dan keistimewaan kaum dan budaya yang ada di dalam nya.
 
Menariknya di Sarawak, ia sedikit berbeza berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung kerana Sarawak terdiri daripada suku kaum Cina, Iban, Kayan, Kedayan, Melanau, Kenyah dan Jatti Meriek!
 
Meskipun ketibaan Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique disambut dengan basahan hujan, namun pengisian dan kelancaran program masih berjalan seperti biasa. Cukup meriah.
 
Datuk Halimah Sadique, Menteri Perpduan Negara juga telah disampaikan sumbangan Kotak RT Cares kepada 100 buah keluarga melalui Program Semarak UNITI Keluarga Malaysia peringkat Negeri Sarawak. Selain itu, 8 Komuniti Rukun Tetangga (KRT) pula telah menerima Notis Penetapan KRT yang baharu saja diluluskan penubuhannya.
 
Turut hadir ialah YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak.
Hadir bersama, YBhg Dato’ Indera Noridah Abd Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan YBhg Dato’ Norison Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet