4 Jun 2022, Negeri Sembilan - Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia yang berlangsung selama dua hari telah diadakan di Dewan Feldajaya Selatan, Bandar Sri Jempol.
Pelbagai akitivti dan gerai makanan juga disediakan bagi memeriahkan program ini. Datuk Halimah Sadique, Menteri Perpaduan Negara turut melawat setiap Rumah KAMI Keluarga Malaysia yang terdiri daripada Rumah Melayu/Adat Pepatih, Rumah Masyarakat Cina, Rumah Masyarakat India dan Rumah Masyarakat Orang Asli.
Dalam program tersebut, Datuk Halimah Mohamed Sadique telah menyampaikan Sumbangan Prihatin Keluarga Malaysia kepada 300 penerima berbilang kaum.
Selain itu, penyerahan topi dan vest Skuad Uniti RT Cares kepada ahli rukun tetangga turut diberikan demi menghargai jasa dan kerja keras mereka dalam menjaga keselamatan dan keamanan kawasan rukun tetangga.
Turut hadir ialah YB Datuk Seri Hj Mohd Salim Shariff, Ahli Parlimen Jempol merangkap Pengerusi RISDA, YB Tuan Teo Kok Seong, Exco Perumahan Negeri Sembilan merangkap ADUN Bahau, YB Dato’ Manickam Letchumanan, ADUN Jeram dan YBhg Dato Indera Noridah Binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.