Program Semarak UNITI Keluarga Malaysia Peringkat Parlimen Persiangan
Maklumat Program
Tarikh Program |
17-09-2022 |
15 September 2022, Sabah - Pada pagi ini, Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique telah hadir merasmikan Program Semarak UNITI Keluarga Malaysia Peringkat Parlimen Pensiangan di Dewan Terbuka Nabawan, Sabah pada pagi tadi.
Program yang diadakan ini adalah bertujuan untuk membina dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira perbezaan kaum, bangsa dan agama.
YB
Datuk Halimah turut menyampaikan sumbangan RT Cares kepada 34 KRT berupa barangan keperluan gotong-royong manakala 2 KRT lagi pula menerima Notis Penetapan KRT Baharu Daerah Nabawan kepada 2 buah KRT yang baharu diluluskan penubuhannya.
Turut hadir ialah YB Datuk Arthur Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Pensiagan, YBrs Dr Kang Tong Hum, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg Dato Hjh Norison Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan YBrs Tuan Neldin Gimbang, Pegawai Daerah Nabawan.