Tarikh Program | 13-09-2025 |
13 September 2025, Kelantan – Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan melaksanakan Program Sentuhan Komuniti Bestari dengan melibatkan 506 buah Perpustakaan Desa di seluruh negara. Perkara tersebut dinyatakan oleh YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara ketika menyempurnakan Program Kembara Ilmu Ini Warisan Kita, Sentuhan Komuniti Bestari @ Dabong, Kelantan hari ini.
Jelas YB Senator Puan Saraswathy, peruntukkan sebanyak RM 100,000.00 akan diagihkan kepada semua Perpustakaan Desa PNM yang terlibat di seluruh negara bagi melaksanakan program-program berskala kecil di bawah inisiatif ini. Program Sentuhan Komuniti Bestari ini akan memberikan fokus kepada peningkatan budaya membaca, literasi digital, dan perpaduan komuniti secara inklusif dan menyeluruh dengan melibatkan semua lapisan masyarakat.