Tarikh Program | 27-03-2025 |
27 Mac 2025, Selangor – YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara memenuhi undangan ke Program Singgah MADANI @Mydin, bertempat di Mydin Hypermarket Mall, USJ 1, Subang Jaya, hari ini.
YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia turut hadir ke program ini dan beliau telah meluangkan masa beramah mesra bersama pekerja dan pengunjung yang hadir membeli belah sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri serta meninjau harga barangan di sekitar dalam pasaraya tersebut.
Majlis Pengagihan Bubur Lambuk Mydin Subang Jaya turut dijayakan oleh Kementerian Perpaduan Negara dalam program tersebut.