SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Program Wacana Ilmu Sempena Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Pelancaran Buku Kartunku 1957-1963

Program Wacana Ilmu Sempena Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Pelancaran Buku Kartunku 1957-1963

Maklumat Program

Tarikh Program 20-02-2024
428600302 818239253674037 2964144745180837874 N

20 Februari 2024, Melaka - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan Program Wacana Ilmu Sempena Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Pelancaran Buku Kartunku 1957-1963: Lakaran Eksklusif Bapa Kemerdekaan, Bapa Malaysia di pekarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan (MPK), Melaka hari ini.

Program anjuran Arkib Negara Malaysia (ANM) ini diadakan bersempena memperingati Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Banda Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956. Program ini juga dijadikan medium untuk mengupas perjuangan, cabaran, kesepakatan, perpaduan dan kemakmuran dalam memperolehi kemerdekaan negara.

Dalam usaha memberi kesedaran berhubung kepentingan khazanah negara pula, YB Datuk Aaron juga mengumumkan bahawa kementerian melalui ANM akan melaksanakan Program ‘Arkib Komuniti’ iaitu sebahagian daripada usaha untuk ‘Memasyarakatkan Arkib’. Matlamat pelaksanaan program ini adalah untuk memperkasa peranan masyarakat dalam memelihara khazanah warisan negara serta terlibat sama dalam pengumpulan koleksi warisan negara.

Program tersebut turut diserikan dengan Majlis Pelancaran Buku KarTunku 1957-1963: Lakaran Eksklusif Bapa Kemerdekaan, Bapa Malaysia. Buku tersebut melakarkan sejarah kemerdekaan dan pembentukan Malaysia yang diinspirasikan dari koleksi gambar, poster dan dokumen bersejarah yang disimpan di Arkib Negara Malaysia meliputi tahun 1940-an sehingga 1960-an.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet