Projek Ekonomi KRT Negeri Pahang dan Pusat Pemprosesan Makanan Kering Jiran Wanita KRT Cenderawasih Timur.
Maklumat Program
Tarikh Program |
13-07-2023 |
13 Julai 2023, Pahang -Menteri Perpaduan Negara dalam rangka lawatan kerja rasmi ke negeri Pahang telah meninjau Projek Ekonomi KRT Negeri Pahang dan Pusat Pemprosesan Makanan Kering Jiran Wanita KRT Cenderawasih Timur. Perasmian Program Pemerkasaan Projek Ekonomi Komuniti Rukun Tetangga Negeri Pahang dan Pelancarkan Program Klik e-Usahawan turut disempurnakan oleh YB Datuk Aaron, Menteri Perpaduan Negara di Perpustakaan Desa Kampung Panching, Kuantan.
Kementerian mensasarkan lebih banyak KRT akan
menerokai projek ekonomi dan pertanian di masa depan kerana ia merupakan aktiviti yang berimpak tinggi yang dapat meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup komuniti setempat.
Program Klik E-Usahawan pula merupakan kolaborasi di antara Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bertujuan untuk melahirkan usahawan muda dan membantu menggunakan platform media sosial bagi mempromosikan produk-produk keusahawanan. Menerusi program ini, kemudahan tempat latihan akan disediakan kepada golongan muda dan masyarakat setempat yang berminat menceburi bidang keusahawanan melalui perpustakaan desa yang lebih kondusif dan selesa.