SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Sambutan Hari Kanak-Kanak Tabika Perpaduan Slim River

Sambutan Hari Kanak-Kanak Tabika Perpaduan Slim River

Maklumat Program

Tarikh Program 16-11-2021
Picture23

16 November 2021 - Sambutan Hari Kanak-Kanak tetap diraikan walaupun dalam suasana yang berbeza dengan amalan norma baharu berikutan negara masih berjuang menghadapi pandemik Covid-19.

Semangat cintakan negara dapat dipupuk dan disemai seawal usia kanak-kanak 5 dan 6 tahun. Pendedahan pembelajaran dalam nyanyian khususnya melalui lagu-lagu patriotik dapat menarik minat kanak-kanak memahami kepentingan semangat cintakan negara.

Sehubungan dengan itu, “Ceria Pop Perpaduan” adalah salah satu aktiviti yang dilaksanakan oleh kanak-kanak tabika bagi meraikan Sambutan Hari Kanak-Kanak yang disambut setiap tahun. Inisiatif ini dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk menonjolkan semangat patriotisme mereka pada masa hadapan.

Begitu jualah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak daripada Tabika Perpaduan Slim River, Muallim, Perak yang menyanyikan Lagu Keranamu Malaysia dengan penuh semangat dan pastinya mencuit hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet