| Tarikh Program | 16-09-2026 |
16 September 2026, Sarawak - Sambutan Hari Malaysia 2026 berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Sarawak malam ini dengan kehadiran seramai 6,000 tetamu. Sambutan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, diiringi Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim; Perdana Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari; dan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Pelbagai pengisian menarik seperti tarian selamat datang “Segulai Sejalai”, sesi menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2026 serta teater muzikal “Malaysiaku MADANI, Kesejahteraan Dinikmati” dan tarian “Serumpun MADANI” yang menyatukan seni budaya Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak telah diadakan.