SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Sambutan Hari Toleransi Sedunia

Sambutan Hari Toleransi Sedunia

Maklumat Program

Tarikh Program 16-11-2024
WhatsApp Image 2024 11 16 At 134306 2

16 November 2024, Melaka - Kementerian Perpaduan Negara telah mengadakan Sambutan Hari Toleransi Sedunia sebagai usaha untuk meningkatkan kefahaman mengenai kepelbagaian agama, budaya dan adat resam ke arah memperkukuhkan keharmonian dan perpaduan. Majlis perasmian sambutan telah disempurnakan oleh YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka, hari ini.

Sambutan ini juga diadakan antara lain bertujuan untuk membudayakan amalan menyebarkan mesej keharmonian dan muhibah berdasarkan konsep Faham, Hormat dan Terima dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. UNESCO telah mendeklarasikan 16 November sebagai Hari Toleransi Sedunia. Deklarasi tersebut menegaskan bahawa toleransi adalah penghormatan dan penghargaan terhadap keragaman budaya dunia, ekspresi dan cara bermasyarakat.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet