Tarikh Program | 15-05-2025 |
15 Mei 2025, Johor - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan menganjurkan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Rukun Tetangga Peringkat Kebangsaan pada 28 dan 29 Ogos di Sentul, Kuala Lumpur. Perkara ini diumumkan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di Majlis Pra Pelancaran Jubli Emas Rukun Tetangga dan Sambutan Minggu Perpaduan Negeri Johor.
Pra Pelancaran Jubli Emas Rukun Tetangga diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua Jawatankuasa Rukun Tetangga yang telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan pelbagai aktiviti kejiranan, menjaga keselamatan serta memperkukuhkan jaringan sosial antara penduduk. KPN turut melancarkan logo dan slogan baharu iaitu “Memperkasa Komuniti, Mengukuh Perpaduan” bagi semua KRT sempena 5 Dekad bertapaknya di negara ini.