Tarikh Program | 16-09-2024 |
16 September 2024, Putrajaya - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Sambutan bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ adalah manifestasi daripada intipati ajaran Rasulullah dan merupakan satu tema yang sangat signifikan kepada umat Islam termasuk masyarakat bukan Islam di negara ini.
Kontinjen Maulidur Rasul Kementerian Perpaduan Negara yang terdiri daripada seramai 35 orang turut mengambil bahagian pada sambutan kali ini.