Tarikh Program | 14-10-2022 |
14 Oktober 2022, Putrajaya - Pada hari Jumaat ini, Kementerian Perpaduan Negara telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kementerian. Program pada pagi ini diserikan lagi dengan Bicara Maulud : Rasullulah SAW Uswah Hasanah sepanjang zaman oleh panel jemputan Ustaz Haji Mohd Ansarullah Mohd Hashim. Majlis diimarahkan lagi dengan marhaban dan qasidah oleh Sekolah Menengah Bestari, Subang Jaya, Selangor.