| Tarikh Program | 25-08-2026 |
25 Ogos 2026, Selangor - Maulidur Rasul SAW bukan sekadar sebuah sambutan, tetapi ruang untuk kita kembali menghayati akhlak, kasih sayang dan teladan Rasulullah SAW dalam kehidupan sebagai sebuah masyarakat yang berbilang agama, kaum dan budaya.
Kementerian Perpaduan Negara turut bersama menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.
Kontinjen Kementerian Perpaduan Negara telah diketuai oleh YBhg. Datuk Mohamad Azhan bin Md Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Perpaduan Negara, turut menyertai perarakan sebagai tanda kecintaan dan penghormatan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Sama- sama kita contohi akhlak Rasulullah SAW yang mengajar bahawa perbezaan bukan alasan untuk bermusuhan, sebaliknya menjadi ruang untuk kita saling mengenali, memahami dan mengasihi.Sesungguhnya, perpaduan bermula dengan hati yang saling menghormati, tangan yang saling membantu dan jiwa yang memilih untuk hidup dalam harmoni.