SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Sambutan Minggu Integriti Kementerian Perpaduan Negara 2025

Sambutan Minggu Integriti Kementerian Perpaduan Negara 2025

Maklumat Program

Tarikh Program 18-11-2025
WhatsApp Image 2025 11 18 At 163705 3

18 November 2025, Putrajaya - Sambutan Minggu Integriti Kementerian Perpaduan Negara 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh meriah dan bermakna. Program yang melibatkan 13 pempamer daripada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan  termasuk Kawasan Rukun Tetangga (KRT)  ini berjaya mempamerkan komitmen bersama dalam memperkukuh budaya integriti di semua peringkat.

Penganjuran Minggu Integriti ini turut mencapai objektif utamanya, iaitu: meningkatkan kesedaran terhadap nilai integriti dalam kalangan warga KPN dan agensi di bawahnya, memupuk budaya kerja beretika, telus dan bertanggungjawab, menggalakkan penyertaan aktif warga kementerian dalam program-program pembudayaan integriti serta mengukuhkan reputasi organisasi sebagai sebuah kementerian yang berpegang teguh kepada prinsip tadbir urus baik.

Majlis Perasmian Penutupan disempurnakan oleh YBhg.Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, dengan kehadiran barisan pengurusan tertinggi kementerian dan  jabatan di bawah naungan KPN.

Acara ini turut meraikan kecemerlangan melalui penganugerahan Anugerah Persona Integriti kepada  penerima bagi setiap kategori Pengurusan & Profesional serta Pelaksana, melibatkan jabatan seperti Perpustakaan Negara Malaysia, Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) serta Arkib Negara Malaysia.

Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Mencipta Logo Integriti KPN, Pertandingan Poster dan Kuiz Integriti. Minggu Integriti 2025 bukan sekadar sambutan tahunan, ia adalah simbol komitmen berterusan Kementerian Perpaduan Negara dalam membina organisasi yang utuh, beramanah dan berintegriti tinggi.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet