SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Sabah

Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Sabah

Maklumat Program

Tarikh Program 16-08-2025
IMG 20250818 WA0025

16 Ogos 2025, Labuan – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan melaksanakan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Sabah. Perkara tersebut diumumkan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan dan Sambutan Jubli Emas Rukun Tetangga 2025 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa, hari ini.

Sambutan Minggu Perpaduan adalah program di bawah kerangka Kembara Perpaduan Malaysia MADANI bertujuan untuk  menyemarakkan semangat perpaduan serta menyebarluas pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap kepelbagaian adat dan budaya dalam masyarakat Malaysia. Sambutan ini menjadi saluran memperkukuhkan akar perpaduan di samping mewujudkan tapak integrasi yang akhirnya mewujudkan satu ekosistem perpaduan yang baik.

YB Datuk Aaron Ago Dagang berkata, “Wilayah Persekutuan Labuan merupakan sebuah negeri yang menempatkan kepelbagaian budaya, agama dan kaum dengan penuh harmoni dan keamanan. Melalui Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia 2021, WilayahPersekutuan Labuan mencatatkan skor tertinggi negara iaitu 9.29, menandakan tahap kebahagiaan yang sangat tinggi dalam kalangan penduduknya.”

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet