SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Second International Interfaith Peace and Harmony Forum (IIPHF II) 2026

Second International Interfaith Peace and Harmony Forum (IIPHF II) 2026

Maklumat Program

Tarikh Program 27-06-2026
WhatsApp Image 2026 06 27 At 131637 1

27 Jun 2026, Melaka - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Second International Interfaith Peace and Harmony Forum (IIPHF II) 2026 yang menghimpunkan pemimpin agama, ahli akademik, wakil agensi kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil serta peserta dari dalam dan luar negara bagi memperkukuh dialog, persefahaman dan kerjasama ke arah keamanan serta keharmonian sejagat.

Bertemakan “Human Flourishing: Individual and Global Community Deepening Bonds and Unified Action for Sustainable Social Peace and Harmony”, forum ini menjadi platform penting dalam memperluas wacana mengenai keharmonian antara agama, memperkukuh jaringan kerjasama strategik serta menggalakkan perkongsian pandangan dan amalan terbaik dalam mengurus kepelbagaian masyarakat.

Forum ini turut mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam memupuk budaya saling menghormati, memperkukuh persefahaman dan menggalakkan dialog yang membina sebagai asas kepada pembentukan masyarakat yang aman, inklusif dan bersatu.

Dalam landskap global yang semakin dinamik, kerjasama merentas agama dan budaya merupakan elemen penting dalam memperkukuh keharmonian sosial serta menyokong usaha ke arah pembangunan yang mampan dan kesejahteraan bersama.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet