Tarikh Program | 27-08-2024 |
27 Ogos 2024, Kedah - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan Seminar Pengiktirafan Warisan Dunia: Koleksi Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid (1882-1943) yang dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara menerusi Arkib Negara Malaysia.
Koleksi Surat-menyurat Sultan Abdul Hamid ini telah diwartakan sebagai warisan dunia “Memory of the World Register” pada September 2001 oleh United Nation Educational, Scientific and Culture Organization (UNESCO) atas hasil usaha Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama para penyelidik tempatan.