Tarikh Program | 16-01-2025 |
16 Januari 2025, Putrajaya - Jabatan Perkhidmatan Awam dengan kerjasama Kementerian Ekonomi telah menganjurkan Sesi Libat Urus Akta ILTIZAM Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan Peringkat Persekutuan pagi tadi bertempat di Putrajaya International Convention Centre.
YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah membacakan Ucaptama YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara. Turut hadir di Sesi tersebut YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.