Tarikh Program | 20-10-2022 |
20 Oktober 2022, Putrajaya - Pada 20 Oktober 2022, satu sesi Perjumpaan Ketua Setiausaha bersama warga Kementerian Perpaduan Negara telah diadakan di Kementerian Perpaduan Negara. Sesi Perjumpaan ini bertujuan menyampaikan hadiah/ sijil penghargaan kepada warga KPN sebagai Kontinjen Perbarisan KPN sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022, Ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) KPN dan lain-lain. Ketua Setiausaha turut menyampaikan hadiah kepada pemengang sempena Hari Sukan Negara peringkat Kementerian Perpaduan Negara, pemenang kuiz anjuran Pusat Sumber KPN dan lain-lain.
Turut hadir ke majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Setiausaha, YBrs.Dr Kang Tong Hum, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), YBhg. Dato’ Hajah Norison Ramli dan Setiausaha Bahagian Kanan, Puan Zahariah Mohd Sarif.