| Tarikh Program | 19-01-2026 |
19 Januari 2026, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mengadakan sesi permurniaan jawapan pertanyaan lisan dan bukan lisan Dewan Rakyat untuk Mesyuarat Pertama Tahun 2026 yang telah dilaksanakan bersama penglibatan pegawai dasar Kementerian Perpaduan Negara serta jabatan dan agensi di bawah naungan kementerian tersebut.
Sesi ini bertujuan memastikan setiap jawapan yang disediakan adalah tepat, menyeluruh dan selaras dengan dasar serta hala tuju kementerian di samping mematuhi keperluan dan prosedur Dewan Rakyat sebelum dikemukakan secara rasmi pada tahun 2026.