| Tarikh Program | 26-02-2026 |
26 Februari 2026, Kuala Lumpur - YB Tuan Yuneswaran Ramaraj, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah berkongsi dapatan dan hala tuju Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2025 sebagai panduan strategik dalam memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat Malaysia, pagi ini di Minnal FM.
IPNas 2025 menjadi indikator penting dalam menilai tahap kesepaduan sosial rakyat, seterusnya membantu merangka dasar dan inisiatif yang lebih inklusif, progresif dan berimpak tinggi demi Malaysia MADANI yang progresif.