| Tarikh Program | 25-02-2026 |
25 Februari 2026, Kuala Lumpur - YBrs. Tuan Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik) Kementerian Perpaduan Negara, telah berkongsi dapatan dan hala tuju Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2025 sebagai panduan strategik dalam memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat Malaysia di Selamat Pagi Malaysia.
IPNas 2025 menjadi kayu ukur penting dalam menilai tahap kesepaduan sosial rakyat, seterusnya membantu merangka dasar dan inisiatif yang lebih inklusif, progresif dan berimpak tinggi demi Malaysia MADANI yang bersatu padu.