Tarikh Program | 26-05-2024 |
26 Mei 2024, Johor Bahru - Dalam sesi 'walkabout' hari terakhir Sambutan Minggu Perpaduan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan hari ini, YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara turut menyertai Tarian poco-poco dan Tarian Bhangra bersama -sama para pengunjung.
Beliau turut menyaksikan Peragaan Busana dan Persembahan daripada setiap peserta Pameran Rumah Kami.
Faham, hormat dan terima adalah merupakan asas perpaduan kita dan ia perlu diteruskan agar nikmat kesepaduan sosial kni dapat dikecapi oleh generasi akan datang.