Tarikh Program | 12-01-2022 |
12 Januari 2022, Putrajaya - YB Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah binti Mohamed Sadique bersama YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sambutan Thaipusam yang akan disambut pada 18 Januari 2022 dalam sidang media. Kesemua SOP tersebut telah diluluskan setelah dipersetujui oleh Mesyuarat Menteri Kuartet.