Tarikh Program | 09-09-2023 |
09 September 2023, Sabah -Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara ke Sabah diteruskan lagi dengan melawat Tabika Perpaduan. Dalam Lawatan ini, YBhg. Dato' Indera KSU telah meninjau dua (2) Tabika Perpaduan iaitu Tabika Perpaduan Pekan B, Kudat dan Tabika Perpaduan Minansat, Kota Marudu. Objektif lawatan ini adalah untuk mengenalpasti keperluan bagi kerja-kerja membaik pulih Tabika Perpaduan dalam memastikan murid-murid tabika di sini dapat menjalani sesi pendidikan dan pembelajaran dalam keadaan yang selamat dan juga selesa. Kementerian Perpaduan Negara berusaha untuk mempertingkatkan kualiti Tabika Perpaduan bagi memastikan semua murid berpeluang menerima pendidikan yang berkualiti. Selain itu, ia juga bagi menepati matlamat penubuhan Tabika Perpaduan iaitu sebagai tapak integrasi untuk menyemai dan memupuk semangat perpaduan.