Tarikh Program | 07-02-2025 |
7 Februari 2025, Kuala Lumpur - Temubual Eksklusif di Apa Khabar Malaysia bersama YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dalam topik Harmoni MADANI, Raikan Kepelbagaian.
YBhg. Datuk Seri KSU telah berkongsi mengenai program-program yang akan diadakan sempena Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia. Selain itu, beliau turut berkongsi mengenai Perarakan Harmoni yang akan diadakan pada 15 dan 16 Februari 2025 bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Harmoni Tahun 2025.