Tarikh Program | 16-12-2021 |
16 Disember 2021, Selangor - YB Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah binti Mohamed Sadique telah turun membuat tinjauan ke lokasi Sambutan Perayaan Thaipusam di Batu Caves, Selangor.Tinjauan ini dibuat berdasarkan keputusan Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 Bilangan 10 Tahun 2021 pada 14 Disember 2021 yang memutuskan supaya Kementerian Perpaduan Negara (KPN), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysa (PDRM) turun ke lapangan untuk melihat dengan lebih dekat lokasi sambutan dan seterusnya memperkemas cadangan SOP yang telah dibentangkan dalam mesyuarat tersebut.
Sesi tinjauan ini turut dihadiri oleh wakil MKN, KKM, PDRM, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor serta pihak pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman Dhevastanam.