Tarikh Program | 13-01-2022 |
13 Januari 2022, Selangor - YB Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah binti Mohamed Sadique membuat tinjauan persiapan sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Cave yang kini sedang giat dilakukan oleh pihak pengurusan kuil.
Bersama YB Menteri Perpaduan Negara dalam tinjauan ini ialah YDH SAC Tuan M. V Srikumar A/L Madhavan Nair, SAC Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, ACP Tuan Zainal Mohamad Hj Mohamed, OCPD IPD Gombak, YBhg Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, DSP Tuan Hasbullah, Majlis Keselamatan Negara dan Tan Sri Nadarajah, Pengerusi Kuil Sri Mahamariaman Tun HS Lee dan Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves.