| Tarikh Program | 06-12-2025 |
6 Disember 2025, Putrajaya - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sentiasa menitikberatkan aspek perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta agama melalui Konsep ‘Faham, Hormat dan Terima’.
Sehubungan itu, program Wacana Ukhuwah Rakyat MADANI Sempena Sambutan 55 Tahun Rukun Negara ini telah diadakan bagi membudayakan amalan menyebarkan mesej keharmonian dan muhibah antara penganut pelbagai agama, meningkatkan kefahaman terhadap kepelbagaian agama, budaya dan adat resam serta mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.