SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Walkabout Program Citra Nusa@Melaka

Walkabout Program Citra Nusa@Melaka

Maklumat Program

Tarikh Program 20-02-2024
428597392 818304383667524 9136042017820540738 N

20 Februari 2024, Melaka - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mengadakan sesi Walkabout sempena program Citra Nusa@Melaka di Bastion House, Bandar Hilir, Melaka hari ini. Program ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Institut Seni dan Warisan Melaka.

Program Citra Nusa yang telah memasuki tahun kedua ini diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman penghayatan sekaligus mengukuhkan jati diri dan semangat cintakan negara di kalangan masyarakat. Menerusi program ini, muzium berperanan sebagai guardian of heritage yang mengumpul, memelihara serta melestarikan koleksi sejarah, warisan, seni dan budaya masyarakat berbilang kaum di negara ini selain sebagai satu daripada wadah untuk integrasi perpaduan kaum.

YB Datuk Aaron berkata, “Secara keseluruhannya, terdapat 11 program Citra Nusa dirancang di seluruh negara tahun ini seperti Festival Hari Muzium Antarabangsa, Citra Nusa@Muzim Arkeologi Lembah Bujang, Persidangan Antarabangsa: Ketamadunan Lembah Bujang dari Perspektif Yi-Jing (I-Thing) Abad ke-7, Program Bermalam di Muzium serta Citra Nusa@Indonesia”.

Program Bermalam di Muzium merupakan program signature Jabatan Muzium Malaysia yang telah dilaksanakan seawal tahun 2007 dan kini dilaksanakan pada setiap tahun dengan melibatkan pelajar sekolah di seluruh Malaysia. Sehubungan dengan itu, YB Datuk Aaron turut mengumumkan bahawa pada tahun ini Program Bermalam di Muzium akan melibatkan kumpulan belia sehingga umur 30 tahun.

Tambah beliau lagi, pada tahun ini JMM mensasarkan seramai 2 juta pelawat melalui pelbagai program yang diadakan di seluruh negara. Beliau berharap menerusi program ini,dapat memupuk pemahaman dan kesedaran masyarakat terhadap kepelbagaian warisan sejarah dan budaya yang perlu dihargai dan dipertahankan sebagai identiti nasional yang diwarisi bersama.

Program ini berlangsung bermula dari 17 hingga 21 Februari dengan pelbagai pengisian aktiviti yang menarik seperti pameran Malaysia Tanah Airku: Dulu, Kini dan Masa Depan dan program sisipan berteraskan kebudayaan, kesenian dan warisan masyarakat pelbagai kaum seperti persembahan kebudayaan pelbagai etnik, aktiviti Do-It Yourself (DIY) wayang kulit, aktiviti DIY membuat batu seremban, aktiviti DIY mewarna batik bermotifkan flora dan fauna, demonstrasi memakai telepuk, susun suai gambar, dan pertandingan mewarna.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet