| Tarikh Program | 30-07-2026 |
30 Julai 2026, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menjawab pertanyaan YB Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong mengenai usaha memperkukuh keharmonian kaum dan menangani polarisasi sosial susulan penyebaran isu 3R di media sosial.
Kementerian Perpaduan Negara terus memperkasa ekosistem perpaduan melalui platform strategik seperti MPPN, HARMONI, MExUnity, JPIP serta KRPPM Keharmonian Kaum dan Agama bagi memperkukuh dialog, kerjasama dan persefahaman antara rakyat.
Penguatkuasaan terhadap kandungan berkaitan isu 3R di media sosial pula adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Perpaduan diperkukuh melalui dialog, keharmonian dipelihara melalui tanggungjawab bersama.