SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Youth Expedition Project (YEP) 2025

Youth Expedition Project (YEP) 2025

Maklumat Program

Tarikh Program 23-12-2025
WhatsApp Image 2025 12 24 At 122001

23 Disember 2025, Sarawak - Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), dengan kerjasama Youth Corps Singapore (YCS), telah menganjurkan Youth Expedition Project (YEP) 2025 dari 13 hingga 23 Disember 2025 melibatkan belia dari Malaysia dan Singapura.

Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di Sungai Asap, Belaga. YEP 2025 mengumpulkan golongan muda dari Malaysia dan Singapura untuk belajar, berkhidmat, dan berkembang bersama melalui aktiviti sukarelawan dan  ikatan persahabatan. Projek tersebut melibatkan 11 orang alumni YSS dan 18 orang sukarelawan daripada YCS yang menjalankan khidmat masyarakat di Uma Belor Leo Dian, Sungai Asap, Belaga, Sarawak.

YB Datuk Aaron Ago Dagang berkata, “Program ini dilaksanakan selaras dengan komitmen Kementerian Perpaduan Negara (KPN) untuk memperkukuh perpaduan nasional melalui penglibatan belia yang inklusif dan berimpak, serta bersempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik Malaysia–Singapura, sekali gus mengukuhkan hubungan belia serantau. Antara projek-projek utama yang dilaksanakan semasa YEP 2025 adalah pemasangan lampu solar, pembinaan tapak pengumpulan sampah, projek transformasi digital dan literasi teknologi.”

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet