SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Sumbangan Bakul Makanan RT Cares KRT Mahsuri

Sumbangan Bakul Makanan RT Cares KRT Mahsuri

Maklumat Program

Tarikh Program 06-12-2021
Picture17

6 Disember 2021 - Program RT Cares, #KitaBersama adalah merupakan inisiatif Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bagi memastikan kelangsungan dan kesejahteraan komuniti semasa pandemik Covid-19 melalui pemerkasaan tanggungjawab komuniti Rukun Tetangga.

Program ini berteraskan kepada konsep RT4ALL iaitu RT untuk semua golongan masyarakat tanpa mengira perbezaan latar belakang melalui semangat kebersamaan dengan hashtag #KitaBersama. Program RT Cares adalah selaras dengan Agenda Kerja Komuniti Rukun Tetangga (RT4ALL) di bawah Gerak Kerja Komuniti RT Sejahtera.

Justeru itu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Barat Daya dengan kerjasama pihak KRT Mahsuri telah menjayakan Program Sumbangan Bakul Makanan atau lebih dikenali dengan RTCares.

Program Sumbangan Bakul Makanan ini telah diedarkan hampir di semua Daerah Barat Daya dengan mensasarkan golongan yang terjejas pendapatan semasa pandemik Covid-19, golongan warga emas serta orang kelainan upaya sebagai tumpuan utama dalam pemberian sumbangan ini.

Seramai 30 orang penerima dari KRT Mahsuri telah hadir untuk menerima sumbangan tersebut. Sumbangan berbentuk barangan asas keperluan dapur ini disampaikan dengan harapan agar dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban yang mereka tempuhi pada saat getir ini.

Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Mohd Hafiz Aswad bin Nadzri selaku Pegawai Daerah Barat Daya yang berkesudian merasmikan program dan mengagihkan bakul makanan kepada para penerima.  Turut mengiringi adalah Tuan Haji Ahmad Puat bin Junus, Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pulau Pinang

 

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet