17 Julai 2021 — Seramai kira-kira 300 orang yang terdiri daripada golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU), nelayan dan orang kampung dari sekitar kawasan Kuala Linggi, Melaka yang telah mendapat janji temu hadir menerima vaksin di Dewan Japerun. YB Menteri Perpaduan Negara turut menyerahkan sebuah bas sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak bagi kegunaan Kerajaan Negeri Melaka sebagai salah satu usaha untuk menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam mencapai sasaran imuniti kelompok diseluruh negara.