3 November 2021 – Sempena perayaan Deepavali yang akan disambut oleh masyarakat beragama Hindu, pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka Tabika Perpaduan Taman Jati 2 telah menjalankan aktiviti menghasilkan Rangoli /Kolum.
Guru Tabika Perpaduan memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan bercerita dan bersoal jawab mengenai Rangoli atau Kolam bersama murid-murid.
Kolam atau rangoli ini merupakan hiasan lantai yang diperbuat daripada beras di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.
Murid berumur 5 tahun diminta mewarnakan gambar Rangoli manakala murid berumur 6 tahun melukis dan mewarnakan Rangoli mengikut kreativiti masing-masing.
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid dalam mempelajari budaya masyarakat berlainan agama sebagai satu Keluarga Malaysia yang hidup dalam keadaan harmoni dan bersatu padu.