SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow Galeri Foto Arrow November 2021 Arrow Program RT CARES Sumbangan Keperluan Asas Kampung Alor Gandak, Alor Setar

3 November 2021 - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Dalam keghairahan rakyat Malaysia menikmati percutian sempena menyambut perayaan Deepavali dengan merancang pelbagai percutian bersama keluarga, ada juga yang perlu diberi perhatian terutama penduduk di kawasan utara yang telah dilanda bencana banjir.

Di atas keprihatinan dan inisiatif KRT Kampung Alor Gandak, Alor Setar dengan kerjasama pihak NGO iaitu Persatuan Kebajikan Darul Al Aitam (MITS)  telah mengadakan Program RT CARES bagi menyantuni komuniti yang terjejas mengikut saranan dari Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memastikan pihak komuniti yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19 dan bencana banjir yang berlaku di sekitar kawasan tersebut menerima bantuan bagi meringankan beban mereka.

Seramai 20 orang telah menerima sumbangan yang berupa barangan keperluan asas dapur seperti minyak, gula, beras, biskut dan lain-lain barang keperluan. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi KRT Alor Gandak, Encik Azhari Malim dan Pengerusi MITS, Encik Ahmad Nazim Shafie.

Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringan beban yang dihadapi penduduk yang dilandar banjir. Selain itu, program ini juga dapat menanamkan nilai prihatin dalam diri masyarakat supaya menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

 

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet