9 November 2021 – Program Ziarah Perpaduan merupakan salah satu inisiatif yang dirancang dalam mencapai KPI 100 hari Kementerian Perpaduan Negara.
Tujuan program ini adalah menyediakan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat. Justeru itu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengadakan Ziarah Perpaduan ke KRT Blok C&D Pangsapuri Putra Harmoni Presint 9 Putrajaya.
Dalam ziarah tersebut, Pengarah JPNIN Wilayah Persekutuan Putrajaya, Puan Ruzylawati Mustapha Kamar dan wakil pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) telah menyantuni warga KRT yang memerlukan dengan menyampaikan sumbangan berbentuk baucer pasaraya Mydin dan barangan keperluan harian.
Puan Ruzylawati turut menyampaikan kad ucapan kepada salah seorang penerima sumbangan yang menyambut perayaan Deepavali. Kegembiraan jelas terpancar di matanya dengan ziarah perpaduan ini.
Selain dari meringankan beban yang ditanggung oleh komuniti setempat melalui sumbangan ini, program ini juga dapat mengeratkan hubungan kemesraan dan perpaduan di antara semua.