4 November 2021 - SOP Pengoperasian Rumah Ibadat Selain Islam (RISI) Sempena Sambutan Hari Deepavali Tahun 2021 telah diselaraskan oleh Kementerian Perpaduan Negara.
Kelonggaran yang telah diberikan oleh Kerajaan bukan bermakna kita perlu leka dalam menjaga SOP yang telah ditetapkan. Pematuhan SOP ketika perayaan baru-baru ini juga memperlihatkan peningkatan nilai kesedaran rakyat terhadap aspek perlindungan diri sendiri dan masyarakat sekeliling.
Dalam memastikan SOP yang ditetapkan terus diperkasa dan dipatuhi, JPNIN Melaka telah melakukan pemantauan pelaksanaan SOP di salah satu Rumah Ibadat Selain Islam, Kuil Dewi Sri Maha Mariamman (Kutharai Kovil) Cheng dan Kuil Sri Vanathandavar Alayam Sungai Udang, Melaka.
Turut serta dalam sesi pemantauan ini adalah Pengarah Perpaduan Melaka YBrs Puan Intan Suhana Yusuff, Timbalan Pengarah Perpaduan Melaka Puan Teh Faridah Abd Jalil dan beberapa Pegawai Operasi dan Negeri JPNIN dan MITRA Melaka.