SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow Galeri Foto Arrow November 2021 Arrow Program Walkabout Santai bersama Koperasi Komuniti Food Truck Malaysia Berhad (Malaysia Food Trucks) di tapak Lapark, Jalan Conlay, Kuala Lumpur

12 November 2021 - Makanan merupakan satu aspek yang penting dalam mengukuhkan jalinan sosial antara etnik di Malaysia. Kesepaduan sosial yang terbina melalui aspek kepelbagaian menu dari berlainan etnik ini dapat menyemai rasa hormat dan semangat kekitaan.

Aspirasi penyatupaduan rakyat Malaysia yang merentasi kaum, bangsa, adat dan agama kini diperluaskan lagi oleh Kementerian Perpaduan Negara melalui kempen Citarasa Keluarga Malaysia.

YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique menerusi konsep foodunites telah melancarkan program Walkabout Santai bersama Koperasi Komuniti Food Truck Malaysia Berhad (Malaysia Food Trucks) di tapak Lapark, Jalan Conlay, Kuala Lumpur telah mempergiatkan lagi promosi kempen ini dengan melancarkan Direktori Menu Rakyat RM5 Citarasa Keluarga Malaysia bagi pengunjung menikmati pelbagai pilihan makanan harga patut bersama keluarga.

YB Menteri Pepaduan Negara pada masa yang sama turut menyampaikan 30 momento, apron, bandana dan beach flag kepada para usahawan food truck di LaPark sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada mereka yang turut sama-sama berganding bahu mendukung aspirasi perpaduan Keluarga Malaysia.

Turut hadir bersama YB Menteri Perpaduan Negara pada sesi ini adalah Puan Ema Shahira Hussin, Ahli Lembaga Koperasi Komuniti Food Truck Malaysia Berhad dan Encik Mohd Izzuddin Mohd Halmi, Pengarah Urusan My Halyati Sdn. Bhd. serta barisan kepimpinan kelab, persatuan pengusaha food truck dari seluruh negara.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet