SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow Galeri Foto Arrow November 2021 Arrow Ziarah Perpaduan KRT Taming Jaya

14 November 2021 - Secara berperingkat, anak muda mula kembali ke sekolah untuk meneruskan pembelajaran secara bersemuka. Namun dengan ekonomi yang masih tidak stabil, terdapat komuniti yang menghadapi kesukaran dalam menyediakan makanan harian apatah lagi keperluan ke sekolah untuk anak mereka.

Prihatin dengan nasib komuniti yang kesempitan, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taming Jaya di Daerah Hulu Langat, Selangor melalui program RT Care dan Ziarah Perpaduan, telah mengambil inisiatif untuk menyediakan peralatan asas sekolah untuk membantu anak-anak murid yang telah dikenalpasti di kawasan mereka.

Dengan kerjasama Pertubuhan Komuniti Perbandaran Kajang (PKPK), sebanyak lebih daripada 30 buah beg sekolah bersama peralatan menulis, stoking, botol air dan barangan asas dapur dapat disediakan bagi dikongsi rezeki.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN), YBrs. Tuan Haji Abd Halim Hassan telah menyerahkan barangan keperluan sekolah dan barang makanan asas dapur tersebut.

Turut hadir pada sesi Ziarah Perpaduan ini adalah Pengerusi PKKP, Dato’ Ravishanker dan Pengarah JPNIN Negeri Selangor, Encik Burhanuddin Haji Daud dan Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Langat, Puan Norzila Sahak.

 

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet