SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow Galeri Foto Arrow November 2021 Arrow PROGRAM SKUAD UNITI: RT CARES- CERIAKAN HARI MU

KRT YAN

15 November 2021 – Skim Rondaan Sukarela adalah satu skim yang dipohon oleh sekumpulan pemastautin dalam Kawasan Rukun Tetangga yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 20 orang dan berumur 18 tahun ke atas.

Tujuan utama penubuhan Skim Rondaan Sukarela adalah untuk membantu pihak berkuasa membendung kegiatan jenayah dan gejala di komuniti setempat.

KRT Taman LDA merupakan salah satu kawasan hotspot jenayah seperti kecurian dan pengedaran dadah yang telah dikenalpasti dan diletakkan dibawah Program Kanta Komuniti bagi Negeri W.P Labuan.

Majoriti penduduk merupakan penyewa dari luar yang bermastautin di Labuan sebagai penjawat awam dan kakitangan swasta. Penduduk berbilang kaum dan bangsa menjadikan kawasan tersebut unik ditambah pula dengan kerjasama dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Jawatankuasa KRT Taman LDA.

Dalam kedinginan malam, 8 orang peronda SRS Taman LDA berkumpul di Pos Kawalan SRS berhadapan pintu gerbang taman perumahan berkenaan bersama-sama 6 orang peronda Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) W.P Labuan bagi memulakan tugas rondaan malam. Pengerusi KRT Taman LDA, Encik Atim Brahim mengetuai pasukan peronda SRS bagi rondaan bersepadu pada malam tersebut.

Walaupun orang lain tidur nyenyak, namun begitu peronda-peronda SRS Taman LDA siap siaga menyumbang bakti demi keamanan dan kesejahteraan warga Taman LDA.

Susulan keaktifan siri rondaaan di kawasan tersebut, telah membuka mata pelbagai pihak antaranya Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) W.P Labuan yang turut serta dalam rondaan.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet