SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow Galeri Foto Arrow November 2021 Arrow Bengkel Gaya Hidup Sihat Komuniti Perpaduan

Pelancaran Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri pada 11 November 2021. ANMS bermatlamat menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat.

Dalam menjayakan agenda ini, JPNIN Melaka turut tidak ketinggalan mengambil inisiatif melaksanakan Bengkel Gaya Hidup Sihat Komuniti Perpaduan melibatkan seluruh warga kerja jabatan.

Melalui inisiatif ini, ia diharap dapat dijadikan panduan kepada seluruh warga kerja JPNIN Melaka dalam memenuhi tanggungjawab sosial ke arah melahirkan masyarakat sejahtera dan sihat dalam usaha mendepani pandemik COVID-19.

Selain daripada itu, pengisian lain yang turut diselitkan dalam bengkel ini adalah Taklimat KAMI @ Pelan Perpaduan Keluarga 2021-2025 Malaysia yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas rakyat selari dengan aspirasi Keluarga Malaysia yang memberi fokus kepada empat (4) dimensi yang dikenali sebagai K.A.M.I iaitu Karib, Aksesibiliti, Majmuk dan Inklusiviti.

Program ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JPNIN YBrs Tuan Haji Abdul Halim Hassan dan turut dihadiri oleh Pengarah JPNIN Melaka Puan Intan Suhana Yusuff.

 

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet