SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow Galeri Foto Arrow December 2021 Arrow Pameran Kementerian Perpaduan Negara Di Kompleks Ujana Kewangan W.P Labuan
IMG 20211206 WA0013

6 Disember 2021 –Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah berkunjung ke bumi Labuan bagi siri jelajah pamerannya. Pameran yang dianjurkan ini telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional W.P Labuan serta Kompleks Ujana Kewangan W.P Labuan.

Melalui pameran ini. banyak informasi dapat dikongsikan kepada para pengujung yang datang ke Pusat Membeli Belah utama Labuan ini antaranya mengenai Dasar Perpaduan Negara (DPN) yang dirangka bertunjangkan Perlembangan Persekutuan dan Rukun Negara.

Para pengunjung dan jemputan terdiri daripada anggota KRT, Guru Tabika Perpaduan, Pembantu Guru Tabika Perpaduan dan warga Labuan. Rata-rata mengatakan mereka mendapat maklumat yang lebih jelas dan terperinci berkenaan Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2030, Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021- 2030, Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2021-2030 serta pelbagai program yang telah dan akan dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) kelak.

Pameran ini juga bertujuan untuk mempromosikan dasar, program dan aktiviti KPN secara lebih berkesan kepada Jentera Perpaduan serta orang awam agar mereka lebih mengenali dan memahami program dan Dasar yang telah diperkasakan oleh Kementerian Perpaduan Negara yang diterujui oleh Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Turut berkunjung ke pameran tersebut adalah Pengarah JPNIN W.P Labuan, Puan Esther Dingkawan serta kakitangan JPNIN W.P Labuan. Pameran ini juga mendapat perhatian daripada Jabatan Penerangan W.P Labuan yang turut hadir dan mengadakan sesi Facebook Live melalui laman facebook rasmi jabatan berkenaan.

 

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet