20 April 2022, Kuala Lumpur -KRT Kampung Atas A dan B Kampung Bharu, Kuala Lumpur telah melancarkan Projek Ekonomi Golongan Asnaf.
Projek aktiviti yang dijalankan ini untuk menjana pendapatan peserta yang kebanyakkannya terdiri daripada golongan asnaf yang terjejas akibat pandemik. Seramai 6 orang golongan asnaf telah melibatkan diri dengan menjalankan perniagaan berasaskan makanan dan minuman.
Selain untuk kelangsungan harian, perniagaan ini juga untuk mempersiapkan diri dan keluarga bagi menyambut Syawal yang akan tiba tidak lama lagi. Projek ekonomi ini dianggarkan akan terus berterusan di masa hadapan bagi memberi peluang kepada mereka yang memerlukan untuk meneruskan perniagaan dan menampung perbelanjaan harian.