SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow Galeri Foto Arrow foto sept 2022
310426447 469055388592427 5786664035602837822 N

25 September 2022, Sarawak -  Baru-baru ini berlangsung Pertandingan Sukan UNITI yang telah dikemudi oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak.

Acara yang berlangsung di Kompleks Sukan Samarahan itu mempertandingkan permainan futsal bagi lelaki dan bola jaring bagi perempuan. Yang paling menarik adalah, setiap kumpulan mestilah mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum.
 
Syarat penyertaan yang diletakkan ini adalah untuk mempamerkan kebersamaan dalam setiap kumpulan dan mengeratkan semangat muhibbah dalam bidang sukan.
 
Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Liga Sukan UNITI Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sarawak.

 

302422618 457468863084413 8261360939214370041 N

16 September 2022, Melaka - YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara telah menghadiri Sambutan Hari Malaysia 2022 peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka dalam suasana yang cukup meriah dipenuhi pelbagai ragam, aksi dan pelbagai persembahan lain.

YB Datuk Halimah memakai busana tradisional Baju Kurung Melayu, benar-benar menggamit nostalgia sejarah kemerdekaan negara dan pembentukan Malaysia sesuai degan tema tahun ini.
 
Usah dirobek ikatan perpaduan yang sekian lama terjalin malah perkukuhkanlah ia menjadi tiang seri pembinaan negara bangsa.

 

306835829 459259022905397 7191605281623939730 N

16 September 2022, Sarawak - Hari Malaysia sememangnya indah apabila dihayati dengan semangat juang tinggi. 🇲🇾🤩

Masih tidak ketinggalan, KRT Bungan Besar bersama SK Kampung Bungan meraikan Sambutan Hari Malaysia ini dengan kelainan yang tidak disangkakan.
 
Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan tetapi yang paling menarik perhatian adalah pertandingan perahu berhias dan lumba perahu. Perahu yang digunakan dihias dengan kibaran bendera mengikut kreativiti masing-masing.
Cukup bersemangat dan lain daripada yang lain. Terbaiklah KRT Bungan Besar!

 

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet