11 Julai 2021 — Seramai 20 sukarelawan MOVAK bertugas di Unit Panggilan, Unit Mobilisasi & Unit Tindakan Komuniti untuk membantu melancarkan pemberian vaksin COVID19 kepada golongan warga emas dan OKU di Kg. Tuan Seh, Tg. Sedili, Kota Tinggi, Johor.
Pasukan “vaccinator” dan petugas barisan hadapan dari Kementerian Kesihatan Malaysia cekap memberikan perkhidmatan pemberian vaksin COVID-19 kepada 372 orang penerima.
Kehadiran YB Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang turun padang untuk melawat operasi MOVAK telah menyuntik semangat kepada team sukarelawan dan juga penerima vaksin COVID-19 di sini.