10 November 2021 – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Seremban telah menyantuni beberapa keluarga yang terjejas kesihatan dan pendapatan akibat pandemik Covid-19.
Hujan lebat tidak mematahkan semangat dalam meneruskan misi menghulurkan bantuan kepada golongan yang terkesan ini dengan bersama-sama menyinsing lengan menghulurkan bantuan yang diketuai oleh Ketua Pasukan Skuad Uniti Zon 5, Encik Shahrul bin Othman.
Sumbangan barangan keperluan dapur, pelitup muka dan beberapa barangan lain disampaikan kepada beberapa penerima di dalam komuniti KRT Taman Desa Orkid, KRT Taman Cempaka, KRT Taman Bandar Seremban Selatan Fasa 2 dan KRT Taman Bandar Senawang.
Penerima terdiri daripada mereka yang menghidap diabetes kronik, sakit tua, penghidap kanser dan masalah mata. Semoga bantuan yang dihulurkan dapat meringankan sedikit beban penerima.
Turut sama dalam Ziarah Perpaduan tersebut Penolong Pegawai Perpaduan Kanan Daerah Seremban, Puan Maha Letchumy a/p Suppaya dan Penolong Pegawai Perpaduan Zon 5 Daerah Seremban, Encik Mohd Safari Bin Abd Razak.