9 Mac 2021 – Pelancaran Buku Panduan Pengurusan dan Pentadbiran Rukun Tetangga “RT4ALL: KRT Tonggak Perpaduan Komuniti” telah diadakan dalam satu majlis dengan mengikuti SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Buku Panduan Pengurusan dan Pentadbiran Rukun Tetangga ini merupakan inisiatif Kementerian Perpaduan Negara bagi memantap dan memperkukuh kecekapan tadbir urus Kawasan Rukun Tetangga di seluruh negara.