SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow Galeri Foto Arrow Mac 2021
31mac2021

31 Mac 2021 - Nota Kerjasama ini ditandatangani oleh YBhg Datuk Wan Suraya Binti Wan Md Razi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan dan YBhg Dato’ Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.

Melalui Nota Kerjasama ini kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama melalui inisiatif Program Gaya Hidup Sihat Komuniti Perpaduan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Diharap kolaborasi strategik ini akan dapat memberi impak yang positif di dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan pengalaman cara hidup sihat serta penjagaan dan pengawalan kesihatan kendiri di peringkat komuniti.

Warga1404210410

30 Mac 2021 - Kementerian Perpaduan Negara telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 di Putrajaya secara hibrid sejajar dengan pembudayaan norma baharu.

Seramai 387 warga Kementerian Perpaduan Negara daripada pelbagai kumpulan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2020. Walaupun usia kementerian ini masih muda namun ianya bukanlah penghalang besar dalam melahirkan warga kerja yang cemerlang.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2020. Pengiktirafan dan penghargaan ini diharap mampu menyuntik semangat bagi mencipta kejayaan dan kegemilangan Kementerian Perpaduan Negara di pelbagai peringkat.

Ybm1304210834

23 Mac 2021 – Program Retreat Kementerian Perpaduan Negara Siri 2/2021 telah diadakan rentetan daripada siri 1/2021.

Pada sesi kedua ini, “ roadmap” gerak kerja perancangan dan pelaksanaan dasar-dasar Kementerian telah dibentangkan kepada YB Menteri dan Pengurusan Tertinggi KPN.

Ybm1404210400

25 Mac 2021 - Majlis Perasmian Program Malaysia Prihatin : Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga Negeri Melaka oleh YAB Datuk Seri Utama Hj. Sulaiman Bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka.

Majlis turut dihadiri oleh YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara yang telah menyampaikan mockcheque geran KRT kepada kerajaan negeri Melaka.

Antara pengisian program ialah Penyerahan Vest SRS kepada wakil-wakil Zon KRT dan pelancaran Program Malaysia Prihatin : Komuniti KRT - Vaksin Untuk Semua yang telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka.

Ybm1404210356

23 Mac 2021 - YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara mengadakan sesi perjumpaan bersama Ketua-ketua badan agama selain Islam. Majlis hari ini telah diadakan dengan mengikuti SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan norma baharu dalam mencegah penularan wabak Covid-19.

Sesi perjumpaan ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Perpaduan Negara bagi memperkukuh keharmonian antara agama khususnya dalam kalangan badan-badan agama selain Islam. Terdapat 14 orang ketua-ketua badan agama selain Islam yang masing-masing mewakili agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Tao dan Bahai telah hadir dalam perjumpaan tersebut.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet